. . .
Menenangkan Bayi Rewel Di Malam Hari

TIPS SI MANJA TIDUR LENA

i~Hiqmah™

TIPS SI MANJA TIDUR LENA

Kehadiran cahayamata membuatkan kita tidak dapat tidur lena pada waktu malam.Waktu tidur bayi yang tidak menentu dan kerap terbangun pada tengah malam boleh meletihkan kita.Jom kita lihat 10 cara bagaimana kita dapat membantu menidurkan bayi.

1) URUTAN
Urut bayi dengan urutan asas iaitu diseluruh tubuh iaitu kaki,tangan dan badan.Lakukan urutan dengan lembut keseluruh tubuhnya selepas bayi mandi.Penggunaan minyak Telon juga sesuai untuk menghangatkan bayi selain mencegah dari masalah kembung.

2) MENDODOI
Bayi akan berasa selesa apabila berada dalam dakapan kita.Dodoikan bayi di lengan dengan lembut sehingga terlena.

3) MENGGOSOK / MENEPUK
Menggosok perut secara berirama atau menepuk bahagian tubuh tertentu seperti peha atau belakang badan membuatkan rasa lega dan membantunya tidur lena.Rentak gosokan atau tepukan perlu konsisten untuk mengelak bayi terganggu dan terjaga.Sebaiknya gosokan atau tepukan disertakan dengan Selawat atau irama.

4) DUKUNG PADA BAHU
Bayi berasa selamat Dan lebih selesa dengan dukungan,Nyanyikan lagu atau Selawat sambil menggerakkan tubuh kita dengan lembut agar bayi dapat tidur lena.

5) BALUTAN
Apabila bayi sudah tidur, balut bayi dengan selimut yang nipis. Masukkan tangan bayi dalam selimut dan balut dengan tidak terlalu ketat.Cara ini membuatkan bayi berasa selamat dan dapat bantu tidur lebih lena.

6) BERI MAKAN AWAL
Untuk tidur yang lebih lena pastikan bayi sudah pun diberi makan sehingga kenyang.Tidur bayi lebih mudah terganggu apabila bayi dalam keadaan lapar.

7) PENCAHAYAAN
Suasana bilik yang suram mempengaruhi suasana tidur bayi kita.Letakkan bayi dalam katil bayi sambil dengarkan bayi dengan selawat atau muzik yang lembut sehingga bayi tidur.Lakukan perkara yang sama setiap hari supaya bayi tahu suasana yang suram atau gelap memberi makna dia perlu tidur.

8) RUTIN WAKTU TIDUR
Tetapkan waktu tidur untuk bayi anda.Pilih waktu Antara 8.00 dan 9.00 malam dan jangan terlalu lewat dari waktu itu.Jika melebihi waktu rutin, bayi mungkin terlalu penat dan sukar untuk tidur.

9) RIBA BAYI ANDA
Bayi cukup selesa apabila anda meribanya sambil menggerakkan peha.Lakukan gerakan dengan perlahan tetapi konsisten.Jangan memaksa si kecil jika dia belum menunjukkan tanda untuk tidur seperti menguap atau menggosok mata.Lakukan gerakan dengan urutan lembut kepada si kecil.

Apabila bayi tidur lena,inilah kesempatan untuk ibu berehat dan menyiapkan keperluan yang lain.jadi dapat lah sama-sama berehat.Bila bayi tidur lena waktu malam pula,ibu pun dapat tidur lena juga.Untuk tambahan tenaga si ibu pula pastikan pemakanan yang teratur dan berkhasiat.Amalan segelas susu kambing sebelum tidur juga sangat bermanfaat dan membantu si ibu untuk tidur lena dan menambahkan tenaga.pastikan sumber susu kambing adalah bukan susu krimer dan salah satunya ialah Susu Kambing iSunnah.Cubalah pasti memberi manfaat untuk ibu dan simanja juga.

Minuman sunnah satu amalan
Di dalam sunnah ada kejayaan

Menenangkan-Bayi-Rewel-di-Malam-Hari

Tajuk Idaman Dunia

Trafik Saat Ini:
Seramai 79 Orang

Logo iHIQMAH
error: Setia Selamanya Ada HIQMAH Nya