. . .
1503341284619 Fx Crop 468x543

Susukan anak sepenuhnya jadi perancang kehamilan? Baca ni.

i~Hiqmah™

Setuju tak kalau dengar fakta ”susukan anak sepenuhnya boleh jadi perancang keluarga” ?

Rupa-rupanya fakta menarik ni benar tau. Cuma si ibu mesti la ikut syarat penting supaya ia berkesan.

Kebanyakan ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu tidak subur dan tidak mengalami haid untuk tempoh masa tertentu.

Maksudnya, selamat daripada kemungkinan untuk hamil bagi jangka masa tertentu. Bagaimanapun keberkesanan kaedah perancang kehamilan semula jadi ini hanya berkesan sekiranya si ibu mengikut peraturan yang betul.

 

Apakah SYARAT dan PERATURANnya?

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji LAKTASI telah membangunkan kaedah perancang keluarga amenorea penyusuan yang digelar LAM.

Pengkaji membuktikan keberkesanan LAM dalam menghalang kehamilan (perancang kehamilan) adalah 98% lebih baik berbanding kaedah perancang kehamilan yang sedia ada. Wow ! Hebat ni.

Mengikut LAM, seorang ibu boleh bergantung kepada penyusuan sebagai satu kaedah perlindungan daripada mengandung apabila dia boleh memberikan jawapan ‘TIDAK’ bagi beberapa soalan berikut:

*Adakah kitaran haid ibu sudah kembali?

*Adakah ibu kerap menambah atau tidak menyusukan bayi dalam jangka masa panjang, sama ada pada waktu siang (lebih daripada tiga jam) atau pada waktu malam (lebih daripada enam jam)?

*Adakah bayi ibu berusia lebih enam bulan?

Kajian menunjukkan kebanyakan ibu yang menyusukan secara EKSKLUSIF kekal tidak subur untuk tempoh masa lebih daripada enam bulan. Kesuburan dan haid hanya datang kembali apabila bayi semakin kurang menyusu dan hormon prolaktik menurun.

TIPS Menggunakan PENYUSUAN PENUH BAYI Untuk Melambatkan Kesuburan
( Perancang kehamilan semulajadi )

Latih penyusuan tanpa had. Biasanya enam ke lapan kali penyusuan sehari akan mengurangkan kesuburan.Jangan biarkan anak tidur sepanjang malam tanpa bangun menyusu.

Hormon menghasilkan susu yang mengurangkan tahap kesuburan lebih tinggi antara pukul 1 hingga 6 pagi. Penyusuan waktu malam sangat penting untuk mengurangkan kesuburan. Tidur bersama bayi memudahkan penyusuan waktu malam.

Bayi hanya menghisap puting ibu sepenuhnya tanpa penggunaan botol atau puting kosong. Lewatkan tempoh pemberian makanan pejal sehingga bayi berusia enam bulan ke atas.

Makanan pejal hanya sebagai nutrisi tambahan, bukan pengganti penyusuan.

Kunci utama penyusuan sebagai cara melambatkan kesuburan adalah kekerapan penyusuan kerana prolaktin mengalir lancar daripada darah. Penyusuan yang kerap sangat penting membantu prolaktin pada paras tinggi untuk mengurangkan kesuburan.

Jika ibu mengikut peraturan tersebut dengan betul, ibu dapat menikmati tempoh amenorea penyusuan (tiada kedatangan haid) sehingga 13 ke 16 bulan. Bagaimanapun ia hanyalah secara purata sahaja. Biasanya kebanyakan ibu akan mengalami kembali haid dalam tempoh masa enam bulan selepas bersalin.

Mudah-mudahan persoalan tentang penyusuan sepenuhnya sebagai perancang keluarga terjawab. Semoga juga tips mudah ni dapat diamalkan ibu secara disiplin supaya berkesan.

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan.
(Al Baqarah 233)

Saya ulang semula. Pastikan susukan kerap, elak botol dan kurangkan pemberian makanan pejal kepada anak yang disusukan. Anak yang lambat diberikan makanan pejal tidak memberi kesan buruk.

Semoga memberi manfaat buat ibu-ibu diluar sana. Rasanya memang ramai yang mencari-cari info ni. Jom kongsi ke seberapa ramai ibu lain.

Penggalak Susu Ibu

Minuman Sunnah 1 Amalan
Di dalam Sunnah Ada Kejayaan.
Sila kongsi tips artikel ini supaya dapat memberi manfaat lebih ramai orang.

 

1503341429662_fx_crop_600x650 1503341284619_fx_crop_468x543

Tajuk Idaman Dunia

Trafik Saat Ini:
Seramai 160 Orang

Logo iHIQMAH
error: Setia Selamanya Ada HIQMAH Nya