. . .
WhatsApp Image 2018 06 10 At 01.29.43 (1) 0.jpeg

Kelebihan Menghadiri Majlis Khatam Al-quran

i~Hiqmah™

Kelebihan Menghadiri Majlis Khatam Al-Quran

Majlis yang sangat dituntut.

  1. Sahabat selalu mengadakan majlis khatam
  2. Rasullullah SAW bersabda “sesiapa menghadiri/ menyaksikan majlis khtam al-Quran seumpama menghadiri pembahagian ghanimah ( harta rampasan perang). Manfaatnya sama seperti orang yang membacanya
  3. Ada doa mustajab dalam majlis khatam
  4. 60 ribu malaikat Allah datang mengaminkan doa di majlis khatam.
  5. Ibnu Abbas sentiasa mengutuskan khadamnya untuk mencari orang yang khatam al-Quran dan dia akan pergi menghadirinya
Kita digalakkan menghadiri majlis khatam Quran, walaupun bukan diri sendiri yang mengkhatamnya. Jika orang itu yang khatam, maka dia sangat digalakkan untuk meraikan pengkhataman Al-Quran itu.
Antara sebab mengapa digalakkan untuk diraikan ialah:
1. Majlis itu sebagai satu syiar Islam yang mesti kita sokong. Ianya sama seperti syiar untuk berkumpul mengerjakan solat sunat hari raya sehinggakan wanita yang uzur haid pun diajak datang bersama ketempat solat, walaupun dia tiadak solat. Orang yang meraikan syiar Allah ialah orang yang benar-benar bertaqwa.
2. Majlis itu dihadiri oleh ramai malaikat, iaitu makhluk Allah yang suci dan tidak buat maksiat pada Allah. Apabila hadir, kita juga akan duduk bersama-sama makhluk Allah yang suci itu.
3. Doa dalam majlis itu sangat makbul. Sesiapa sahaja yang berdoa, pasti dimaqbulkan. Dalam sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh seorang tabiin, Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang mengkhatam Al-Quran bila-bila masa saja pada waktu tengah hari (waktu siang sebelum Maghrib), para malaikat akan berselawat ke atasnya sampai waktu petang. Jika dia khatam pada waktu malam, maka para malaikat akan berselawat selawat ke atasnya sampai pagi”.
4. Turunnya rahmat Allah seperti yang disebut dalam hadis bahawa apabila Al-Quran dibacakan, maka Rahmat Allah turun. Apabila membaca Al-Quran, rahmat akan turun sebanyak mana Al-Quran itu dibaca.
5. Doa dalam majlis itu mustajab kerana malaikat akan mendoakan bersama-sama. Sesiapa pun boleh berdoa terutamanya ialah orang yang khatam Al-Quran.
Allahumma sholli ‘ala syayidina muhammadin ‘abdika wa rosulikannabiyyil umiyyi wa ‘ala alihi wa shohbihi wasaliiman. 
Ya Allah, terimalah permohonan kami sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasihani. Tunjukkan kami ke jalan yang benar dengan berkat al-Quran Yang Agung, dengan berkat kehormatan Rasul junjungan rahmat sekalian alam, kasihani kami Ya Karīm Ya Raḥīm, ampuni dosa kami Wahai Zat Yang Memiliki Kemuliaan.

Ya Allah, hiasi diri kami dengan hiasan ajaran al-Quran, muliakan kami dengan berkat kemuliaan al-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana di dunia dan  azab di akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran. Cucuri rahmat kepada sekalian umat Nabi Muhammad SAW Ya Raḥmān, Ya Raḥīm.

Ya Allah, jadikan al-Quran kepada kami semasa hidup di dunia sebagai rakan, di kubur sebagai kawan bermanja, pada hari Kiamat sebagai pembantu, semasa di titian menjadi penyuluh, semasa menuju syurga sebagai pendamping, semasa ke neraka sebagai penghadang dan pendinding, dan semasa menuju kebaikan jadikan al-Quran itu kepada kami sebagai panduan dan ikutan. Dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemualiaanMu Ya Allah Ya Karīm.

Ya Allah, bersihkan hati kami dan lindungi keaiban kami, sembuhkan penyakit kami, tunaikan hutang kami, serikan wajah kami, angkat derajat kami, kasihani bapa kami, ampuni ibu kami, perbaiki akidah kami dan cara hidup kami, hancurkan kelengkapan musuh kami, pelihara ahli kami, harta dan negara daripada macam kemalangan, penyakit dan bala bencana, tetapkan pendirian kami dan tolong kami mengalahkan orang zalim, munafiq dan kafir dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, sampaikanlah pahala ayat-ayat yang telah kami baca, juga kepada roh Nabi Muhammad SAW, kepada sekalian roh para nabi dan rasul, selawat dan salam ke atas mereka, kepada roh keluarga meraka, anak-anak mereka, isteri-isteri mereka, para sahabat, pengikut dan keturunan mereka.

Juga kepada roh bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, saudara-saudara kami lelaki dan perempuan, anak-anak kami, kaum kerabat kami, kekasih kami, rakan-rakan setia kami, guru kepada guru kami, guru-guru kami, dan setiap yang ada hubungan haq dengan kami, muslimin muslimat, mukminin mukminat. Wahai Tuhan Yang Menunaikan Segala Hajat, Tuhan Yang Mengkabulkan Doa, kabulkanlah doa kami dengan limpah rahmatMu, Ya Tuhan Sebaik-Baik Yang Memberi Rahmat. Aminn Yarobalalamin.

Setia Selamanya Ada HIQMAH Nya

Jadikan Sunnah 1 Amalan

Didalam Sunnah Ada Kejayaan

WhatsApp Image 2018-06-10 at 01.29.44-1.jpeg WhatsApp Image 2018-06-10 at 01.29.43 (1)-0.jpeg

Tajuk Idaman Dunia

Trafik Saat Ini:
Seramai 2647 Orang

Logo iHIQMAH
error: Setia Selamanya Ada HIQMAH Nya