. . .
Screenshot 2017 08 16 07 04 48

Eh, Jangan Sampai Termakan Telur Busuk, Ketahui Bagaimana dan Cara Nak Simpan.

i~Hiqmah™

Eh, Jangan Sampai Termakan Telur Busuk, Ketahui Bagaimana dan Cara Nak Simpan.

Selama awak makan telur ni tahu tak telur awak tu masih segar ataupun dah luput tarikh.

Telur kalau dah busuk, sekali dia terpecah bau dia sapa boleh tahan kan? Nak hilang pun susah.

Bila awak beli telur di kedai atau pasar raya, jangan sesekali membasuhnya dan memasukkan dalam peti sejuk. Itu cara yang salah. Sebaiknya, terus letak pada rak peti ais (barangkali ini alasan rak ini direka di bahagian atas).

Jika awak sudah terbasuh telur yang baru dibeli, ada baiknya awak masak je.

Kenapa ye?
Sebabnya pada cangkang telur ada protective bloom yang melindunginya daripada bakteria salmonella. Kalau dah terbasuh bermakna pori-porinya dah terdedah dengan bakteria tersebut. Bayangkan kalau ia dah termasuk dalamnya, anda pun akan sama berisiko terdedah dengan bakteria jahat itu. Itu yang boleh sebabkan sakit perut dan serangan cirit-birit.

Camne nak tentukan tarikh luput?
Bila dah simpan telur dalam peti ais, jangka hayatnya cuma antara 2 ke 5 minggu saja. Kalau lebih dari itu ‘harap maklum’.

Pada pek telur akan ada tarikh luput. Lihat tarikh ‘baik sebelum’. Jika sudah melepasi tarikh itu, sehari dua ia sebenarnya masih boleh digunakan. Tapi gunakan untuk membuat kek atau rebus saja. Jangan sesekali menggoreng, jadikan telur dadar atau rebus setengah masak.

6 TIPS CARA SIMPAN TELUR

1.    Simpan telur di tempat redup. Jangan letakkan di tempat yang kena cahaya matahari ataupun bahang dapur. Perubahan suhu semasa telur disimpan menyebabkan putih telur mencair.

2.    Telur yang bermutu baik mengandungi kuning telur yang pekat dengan di kelilingi putih telur yang pekat dan satu lagi lapisan putih telur yang cair.

3.     Letakkan bahagian telur yang besar di atas untuk memelihara mutunya.

4.     Jauhkan makanan yang berbau kuat dalam peti sejuk kerana telur boleh menyerap bau makanan lain. ( guna alternatif pakai bungkusan kedap udara)

5.     Keluarkan telur dari peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digunakan.

6.     Jika hendak merebus telur, gunakan suhu panas yang sederhana rendahnya.

Camne nak tentukan keSEGARan telur tu?

Cara biasa yang kita lakukan adalah pecahkan telur dan jika kuningnya masih bulat bermakna telur masih segar. Kalau kuningnya dah cair, bermakna telur dah tak segar. Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang boleh dicuba untuk menentukan kesegaran telur yang tiada tertulis tarikh luput.

1.    Ambil semangkuk air, rendam telur dalam air dan perhatikan.

2.    Jika telur tenggelam mendatar dalam mangkuk bermakna telur itu sangat segar.

3.     Jika telur dalam kedudukan tegak dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tak begitu segar tapi masih boleh dimakan.

4.     Jika telur terapung bermakna ia tak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan. Telur yang terapung ini disebabkan ia sudah membentuk gas di dalamnya.

Ada CARA LAIN tak?

1.     Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.

2.    Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.
Nota: Selepas melakukan ujian ini anda perlu menggoreng telur dan jangan simpan dalam peti ais. Kerana ia sudah terdedah dengan lembapan dan berkemungkinan bakteria salmonella mudah melekat padanya.

3.     Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan atau mangkuk besar. Periksa keadaan putih dan kuning telur. Jika bentuk telur masih kental bermakna ia masih segar. Jika ia mencair, ia tak lagi segar.

4.     Perhatikan putih telur, jika warnanya keruh ia sangat segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah lama. namun, masih boleh dimakan.

5.     Sebolehnya beli telur yang ada tarikh luput. Memudahkan anda untuk mengenalpasti telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya.

Saya harap Tips dan Maklumat ini dapat membantu awak dalam menjaga kualiti telur.

Kejap, tahu 4 fakta berkaitan telur.

1. Kuning telur mengandungi bitamin B kompleks bagus untuk pembentukan sel otak dan elak terjadinya lemak dalam hati.

2. Telur ada sisteina. Sisteina adalah asid amino yang bantu membunuh racun di dalam tubuh.

3. Membran yang melapisi bahagian dalam kulit telur boleh mengubati demam, menyembuhkan luka ringan, menyejukkan kulit yang terbakar dan menghentikan pendarahan.

4. Telur yang tak terlalu segar senang dikupas selepas direbus sebab fakta mengatakan yang telur yang segar akan lebih kuat tempelan pada kulit telur.

Wah. Banyak dapat maklumat berkenaan telur ye. Apa lagi. Jom la kongsi beritahu kawan2 lain. 🙂

Minuman Sunnah 1 Amalan
Di dalam Sunnah Ada Kejayaan

Jom kongsikan Tips Best ni.

Screenshot_2017-08-16-07-04-48

Tajuk Idaman Dunia

Trafik Saat Ini:
Seramai 1257 Orang

Logo iHIQMAH
error: Setia Selamanya Ada HIQMAH Nya